______________________________

______________________________
**

Jumaat, 22 Ogos 2014

Saya Kembali!

Sudah lama ruangan ini sunyi tanpa perkhabaran terkini empunya badan. Sepanjang semester yang lepas, sibuk menguruskan laman blog yang lagi satu khusus untuk keperluan kursus Penulisan Kreatif.

Post terakhir tahun yang sudah, berkenaan Suami, Opss...Beliau yang pergi menjalani latihan Penjara. Sukacita dimaklumkan beliau telah berjaya menamatkan latihan dan bertugas di Kajang...

Khabar yang agak terkini juga adalah berkenaan perkahwinan kami yang telah 6 bulan berlalu...Alhamdulillah....


Maka dengan adanya gambar di atas, maka berakhirlah catatan buat kali ini..heheh

Ahad, 1 September 2013

Perpisahan seketika...

Pedih rasa dihati,tidak kuat rasa dihati untuk menghadapi perpisahan ini tempoh tiga bulan itu pastinya menjadi tempoh yang lama buat diri ini, segalanya indah sahaja petang tadi, namun apabila malam mula menginjak dan langit yang cerah telah mulai suram lantas gelap secara perlahan2.

Mahu saya dihembuskan sekuat2 dan juga sedaya upaya, tidak berupaya rasanya untuk melepaskan pemergiannya esok hari...hari yang sangat tidak aku tidak nanti2kan....Tabahkan hati ini untuk terus tersenyum dan gembira menghantarnya esok...

Semoga hati ini tabah dan terus tabah....

Selasa, 27 Ogos 2013

~Hilang semangat~

Menangis sendirian kali ini....harta kesayangan saya dijangkiti penyakit, alamak! hancur rasa di hati....mengapalah tidak ku simpan sahaja gambar2 itu di email bukankah itu cara yang lebih selamat...sukar digambarkan, sukar diluahkan namun kekecewaan yang melanda....

Sabtu, 11 Mei 2013

Hasil kerja yang tidak seberapa....namun bersyukur kerana Berjaya menyimpannya..!

Jumaat, 10 Mei 2013

Menangis seketika hari ini, jika minggu lalu handphone ku tinggalkan sahaja dirumah, lalu rasa bersalah begitu menghantui ku kerana tidak menyangka akan menerima pesanan ringkas dan panggilan berkenaan. Sejak itu, ku usung handphone ini kemana sahaja aku pergi....

Kali ini aku terluka kembali, handphone tidak mampu aku tinggalkan lalu ku tutupnya sahaja, namun keresahan dihati masih juga ada maka ku cabut sim card nya dari handphone....biarkan dia bebas sebebas dia mahu.....

Pihak sana melambatkan majlis mereka, langsung tidak mengendahkan kesibukan aku nanti...lalu aku katakan aku juga minta ditangguhkan majlis dirumahku....biar adil, ku mahu menurut kata ibuku...biar aku dikatakan degil sekalipun aku tetap mahu menurut kata ibuku...lalu ku berinya pilihan percepatkan atau batalkan terus....biarlah kali ini aku menutup segala keinginan, biarkan kali ini aku melupakan segala perasaan, biarkan juga impian yang telah lama aku sulam berkubur sepi menanti tiba saatnya....


Isnin, 15 April 2013

Bersedialah aku bergelar seorang isteri?

Hampir menjelang masanya, "bersediakah aku menjadi isteri kepadanya?"...seawal usia 21 tahun sedangkan dirinya lebih muda beberapa bulan daripadaku mampukah kami melaksanakan segala tanggungjawab seusai akad nanti...?Persoalan yang semakin giat berputar dalam fikiranku sejak beberapa hari ini apatah ku fikir masanya sudah suntuk.

Bulan 11 kami bakal di ijabkabulkan maka bermulalah nanti rutin ku sebagai seorang isteri yang perlu melayani dan sabar menangani kerenah seorang suami. Agak lucu, namun jika di fikirkan kembali melayari alam percintaan memerlukan dirinya untuk lebih banyak bersabar menghadapi kerenahku yang kadang kala tidak terduga angin timur lautnya.


Perubahan ketara pada dirinya kini dia sudah mula bijak mengatur hidupnya, kewangannya, perancangannya cuma kini kami berhadapan kemelut antara kehendak aku dan juga kesempitannya. Agak sukar untuk kami capai kata sepakat apatah lagi dengan keinginanku untuk tinggal bersamanya setelah melewati perkahwinan nanti namun katanya biarlah aku tinggal dikolej dahulu buat seketika kerna dia tidak mahu menjanjikan sesuatu yang belum pasti...

Mendengarkan itu, aku agak melenting..pantangku kehendakku ditentang. Namun inilah sebenarnya sikapku yang perlu aku kikis sebelum bergelar isteri. Aku perlu lebih banyak bertoleransi padanya...Mudahkan segala urusan kami Ya Allah...