______________________________

______________________________
**

Ahad, 1 September 2013

Perpisahan seketika...

Pedih rasa dihati,tidak kuat rasa dihati untuk menghadapi perpisahan ini tempoh tiga bulan itu pastinya menjadi tempoh yang lama buat diri ini, segalanya indah sahaja petang tadi, namun apabila malam mula menginjak dan langit yang cerah telah mulai suram lantas gelap secara perlahan2.

Mahu saya dihembuskan sekuat2 dan juga sedaya upaya, tidak berupaya rasanya untuk melepaskan pemergiannya esok hari...hari yang sangat tidak aku tidak nanti2kan....Tabahkan hati ini untuk terus tersenyum dan gembira menghantarnya esok...

Semoga hati ini tabah dan terus tabah....

Selasa, 27 Ogos 2013

~Hilang semangat~

Menangis sendirian kali ini....harta kesayangan saya dijangkiti penyakit, alamak! hancur rasa di hati....mengapalah tidak ku simpan sahaja gambar2 itu di email bukankah itu cara yang lebih selamat...sukar digambarkan, sukar diluahkan namun kekecewaan yang melanda....

Sabtu, 11 Mei 2013

Hasil kerja yang tidak seberapa....namun bersyukur kerana Berjaya menyimpannya..!

Jumaat, 10 Mei 2013

Menangis seketika hari ini, jika minggu lalu handphone ku tinggalkan sahaja dirumah, lalu rasa bersalah begitu menghantui ku kerana tidak menyangka akan menerima pesanan ringkas dan panggilan berkenaan. Sejak itu, ku usung handphone ini kemana sahaja aku pergi....

Kali ini aku terluka kembali, handphone tidak mampu aku tinggalkan lalu ku tutupnya sahaja, namun keresahan dihati masih juga ada maka ku cabut sim card nya dari handphone....biarkan dia bebas sebebas dia mahu.....

Pihak sana melambatkan majlis mereka, langsung tidak mengendahkan kesibukan aku nanti...lalu aku katakan aku juga minta ditangguhkan majlis dirumahku....biar adil, ku mahu menurut kata ibuku...biar aku dikatakan degil sekalipun aku tetap mahu menurut kata ibuku...lalu ku berinya pilihan percepatkan atau batalkan terus....biarlah kali ini aku menutup segala keinginan, biarkan kali ini aku melupakan segala perasaan, biarkan juga impian yang telah lama aku sulam berkubur sepi menanti tiba saatnya....


Isnin, 15 April 2013

Bersedialah aku bergelar seorang isteri?

Hampir menjelang masanya, "bersediakah aku menjadi isteri kepadanya?"...seawal usia 21 tahun sedangkan dirinya lebih muda beberapa bulan daripadaku mampukah kami melaksanakan segala tanggungjawab seusai akad nanti...?Persoalan yang semakin giat berputar dalam fikiranku sejak beberapa hari ini apatah ku fikir masanya sudah suntuk.

Bulan 11 kami bakal di ijabkabulkan maka bermulalah nanti rutin ku sebagai seorang isteri yang perlu melayani dan sabar menangani kerenah seorang suami. Agak lucu, namun jika di fikirkan kembali melayari alam percintaan memerlukan dirinya untuk lebih banyak bersabar menghadapi kerenahku yang kadang kala tidak terduga angin timur lautnya.


Perubahan ketara pada dirinya kini dia sudah mula bijak mengatur hidupnya, kewangannya, perancangannya cuma kini kami berhadapan kemelut antara kehendak aku dan juga kesempitannya. Agak sukar untuk kami capai kata sepakat apatah lagi dengan keinginanku untuk tinggal bersamanya setelah melewati perkahwinan nanti namun katanya biarlah aku tinggal dikolej dahulu buat seketika kerna dia tidak mahu menjanjikan sesuatu yang belum pasti...

Mendengarkan itu, aku agak melenting..pantangku kehendakku ditentang. Namun inilah sebenarnya sikapku yang perlu aku kikis sebelum bergelar isteri. Aku perlu lebih banyak bertoleransi padanya...Mudahkan segala urusan kami Ya Allah...

Ahad, 14 April 2013

~kau ku rindui~

Mengintai ruangan penulisan insan yang saya kagumi, wah ternyata mengingatkan kembali ruangan blog yang telah lama saya tinggalkan saat kehilangan sesuatu yang amat saya sayangi...

Jujur saya amat merindui mereka!, mereka teman saya tatkala duka menyinggah di segenap sanubari...air mata yang sering kali tumpah dikeringkan oleh seekor arnab yang saya gelar sebagai comot, kerana wajahnya yang agak comot semasa kecilnya...Cucuran air mata saya sering dijilatnya, menikmati kasih sayang yang dipamerkan oleh comot saya itu, mata saya mulai terpejam, bersyukur atas keperihatinannya...

Sering juga comot dan Honey menjadi teman setia mendengar celoteh, rungutan malah teman menyimpan rahsia saya. Honey itu pasangan kepada comot. Honey menjadi arnab pertama yang saya sayang, pemberian daripada seorang kekasih...KEKASIH?, dahulunya seorang kekasih kini menjadi tunangan saya. Alangkah indah andainya saat cincin disarungkan ke jari manis ini nanti, comot dan Honey turut ada bersama...


Itu impian yang tidak pernah kesampaian dan tidak akan pernah sampai...kehilangannya amat payah untuk diterima apatah lagi setelah dijaga sejak kecilnya, sanggup saya membelikan lobak untuk mereka yang saya sayangi...malah, saya memelihara mereka di kamar tidur saya, bunyinya agak pengotor namun mereka benar-benar memahami kesempitan saya justeru mereka melepaskan segala kekotoran itu di dalam bekas yang telah saya sediakan...

Ahhh...terpaksa saya lupakan segala kenangan itu supaya segala kesedihan ini berjaya di usir pergi...cukuplah sekadar merindu, tidak usah dikenang....